Selasa, 8 April 2014

Setelah Kau Tiada Episod 1

Di Rumah Asyraf & Myra

Myra sedang menyediakan makanan di atas meja makan.Dia melihat Asyraf sedang menuruni tangga sambil membetulkan tali lehernya.Myra membuka bicara dengan pelawa Asyraf sarapan.Tetapi Asyraf memarahinya.
"Lain kali tak payah masak kalau tahu aku ni tak nak makan masakan kau..!"herdik Asyraf.

Myra hanya melihat Asyraf keluar rumah.Kereta Asyraf meluncur laju keluar dari perkarangan rumah.Dalam hati Myra,apa di hadapannya sudah pasti pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikatnya bahawa dia harus hidup bersama Asyraf.


 
Myra sedang menulis sesuatu dalam diarinya.Dia terhenti menulis apabila telefon bimbitnya berdering.Di skrin telefon bimbitnya tertera nama Asyraf.Dia cuba menjawab dan berharap Asyraf tidak mengherdiknya dengan kata-kata memilukan hatinya.


" Malam ni kau masak untuk kau sorang je..!Aku tak balik."kata Asyraf terus.

"Abang.."


Belum sempat Myra menjawab,Asyraf sudah mematikan talian.Myra hanya dapat bersabar dan bertenang.Mungkin kali itu dia dapat menahan kesabaran ke atas Asyraf.



(di café)

Asyraf bersama Suraya di café sambil berbual-bual.


"You,bila nak tinggalkan perempuan tu?"kata Suraya dengan nada mengedik.Suraya merupakan teman wanita Asyraf.Walaupun Asyraf sudah berkahwin,dia masih menjalinkan hubungan dengan Suraya meskipun Puan Aina telah melarang hubungan itu terus terjalin.



"You sabarlah sekejap.I percaya dia takkan tahan tinggal dekat rumah tu dan menyesal kahwin dengan I.And,dia mesti minta cerai ataupun tinggalkan I."jawab Asyraf.

"Kalau you jatuh cinta dengan dia,macam mana?",tanya Suraya lagi.


"I jatuh cinta dengan dia?Seumur hidup I,you sorang aje yang pernah I jatuh cinta."


"And I hanya sayangkan you."tambah Asyraf lagi.

"I pun sayangkan you",tersenyum Suraya sambil menatap wajah Asyraf.



(di rumah Asyraf & Myra)

 

Myra duduk di meja makan.Dia tidak sengaja menjatuhkan air matanya.Walaupun kecewa,dia hanya mampu memendam sahaja.Tiba-tiba,pintu rumah diketuk.
Myra membuka pintu dan melihat Puan Aina di hadapannya.




"Mama..",suara Myra seakan sebak.
"Myra..Kenapa ni?,tanya Puan Aina.

"Mama masuk lah.Mama duduk dulu,Myra buatkan mama air",jemput Myra.


Puan Aina duduk di sofa dan memerhatikan langkah Myra ke dapur.

Myra meletakkan segelas air di atas meja.Puan Aina mula membuka bicara.

"Myra,mama ada hal nak bincang dengan Myra",kata Puan Aina dengan nada serius.

"Ada apa,ma?"jawabnya sambil duduk di atas sofa.

"Selama ni,Asyraf balik ke rumah pukul berapa?",tanya Puan Aina.


"6 petang.Paling lewat pukul 8 malam.Kenapa ma..?",tanya Myra lagi.
Puan Aina masih tidak puas hati dengan jawapan Myra.
"Myra,mama kenal Myra tau.Myra cakap betul-betul pada mama,selama ni Asyraf layan Myra macam mana..?"
Sebenarnya,Myra sudah tahu apa soalan yang bakal di ajukan oleh Puan Aina padanya.Dia tunduk dan menahan kesedihan.Dan secara tiba-tiba,Asyraf masuk ke dalam rumah dan terkejut melihat Puan Aina berada di ruang tamu.

"Mama..",kata Asyraf sambil mendekati Myra.

"Awal balik..?",sindir Puan Aina.


"Ma,Asyraf nak cakap dengan Myra sekejap."pinta Asyraf.

Perasaan aneh dan tanda tanya mula merebak di hati Puan Aina.Asyraf menarik tangan Myra dan masuk ke dalam bilik dengan perasaan agak marah.




Asyraf melepaskan tangan Myra dengan kasar.

"Eh!Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau bual dengan mama tadi!Jangan beritahu apa-apa pada mama.Kalau aku dapat tahu,kau akan menyesal kahwin dengan aku..!!"


Asyraf keluar dari bilik dan meninggalkan Myra sendirian.Myra cuba menahan kesedihannya dan akhirnya air matanya jatuh juga.


 
Asyraf ke ruang tamu dan duduk di hadapan Puan Aina.

"Mama nak Asyraf sediakan makanan tak?"pelawa Asyraf.


"Asyraf ada rahsiakan apa-apa dari mama ke?"tanya Puan Aina.

"Rahsiakan apa ma?Mana apa-apa."Asyraf pelik dengan soalan Puan Aina.

Telefon bimbit Puan Aina bordering dan dia segera mengangkatnya.Asyraf ke dapur dan terfikir sesuatu.

"Takkan mama dengar tadi..?Tak mungkin..!Aku takkan biarkan sesiapa tahu pasal hal tadi.."bisik hati Asyraf.


Asyraf duduk semula di sofa dan menukar topik asal dengan Puan Aina. 

"Butik mama okey?"tanya Asyraf.                 

"Okey.Dah 5 orang kerja dekat situ.Mama nak ajak Myra kerja dekat butik mama.Boleh?"jawab Puan Aina.

"Err..Nanti Asy tanya dia."Asyraf teragak-agak mahu menjawab.

"Asyraf,mama rasa dah 6 bulan Asy kahwin dengan Myra.Tak nak pergi bulan madu ke?"soal Puan Aina.

"Buat apa?Dekat rumah ni pun dah okey"jawab Asyraf spontan sambil mengelat.

"Asyraf,dekat rumah dengan dekat luar tu lain."

"Ma,nanti hari-hari jumpa.Apa yang lain nya?"masih lagi jawapan yang sama.

"Asy,baik Asy jujur dengan mama.Asy ada masalah kan dengan Myra?"soal Puan Aina membongkar rahsia.

"Ma,mana aa.."

Asyraf kehabisan idea sebagai alasan.

"Kalau tak,kenapa Asyraf selalu nak mengelak,selalu nak bagi alasan bila mama suruh pergi bulan madu?"

Asyraf masih lagi buntu dengan permintaan Puan Aina.sama ada dia mahu atau tidak.Jika dia terima,pasti bertambah sakit di hatinya.Jika dia menolak,Puan Aina pula yang sakit hati dengan alasan Asyraf yang sudah basi baginya.

 
Myra masih lagi di dalam biliknya.Dia duduk di meja sambil termenung.

"Ya Allah,kenapa kau menguji aku begini..?Setiap hari aku menjadi bahan cacian dia.Dia orang yang aku sayang..Kenapa takdirku begini..?"

Myra tidak dapat menahan air matanya lalu gugur di pipinya.


 
Puan Aina duduk di beranda rumah.Dia tersenyum sendiri.
 
 
"Kenapa kau satukan Myra dengan Asyraf kalau dah tahu si Asyraf memang tak sukakan Myra sejak dulu lagi",kata Hadi.

"Abang,Aina bukan nya nak tambahkan lagi kebencian Asyraf pada Myra,tapi..kesianlah pada Myra tu.Seelok-eloknya,ada jugak orang yang tengok-tengokkan si Myra tu.Lama-lama mungkin Asyraf dapat terima Myra suatu hari nanti."jawab Puan Aina.

"Kau yakin..?",tanya Hadi.

"Kita kene bantulah sikit-sikit.Daripada si Asyraf tu kahwin dengan perempuan tu!Aku tak sukalah..!Nanti karang perempuan tu racun anak aku,entah apa jadinya nanti."Puan Aina masih pertahankan jawapannya.

"Apa lah kau fikir sampai macam tu sekali..?Mana tahu dia tu akan berubah."kata Hadi.

"Berubah..?Belum kahwin lagi perangai dia macam tu apatah lagi lepas kahwin..?!Sekurang-kurangnya Myra tu tak macam dia.Aku bela si Myra dari kecil lagi.Tahu aku siapa dia.."

"Yelah Puan Aina.Kau buatlah yang terbaik untuk anak kau."Hadi mengalah dengan Puan Aina.
 

Di dalam bilik Myra,Asyraf duduk di atas katil dan tidak memandang Myra.Myra bersandar di dinding dan berdiri.



"Aku tak ingin nak pergi bulan madu,lagi-lagi dengan kau!Aku terima sebab mama,kahwin dengan kau pun sebab mama!"jelas Asyraf.

"Kalau awak tak nak,kenapa paksa diri sendiri..? "jawab Myra.

Asyraf geram dan memandang Myra.

"Sebab kau!!Kalau tak disebabkan kau,semua ni takkan jadi.Tapi bila kau muncul dalam hidup aku,semua harapan aku punah disebabkan kau!


Myra menahan air matanya.Asyraf masih memandang Myra.

Asyraf keluar dari bilik Myra.

"Sikit-sikit nak nangis..!Macam budak-budak!"sindir Asyraf.

                                                                                                             


Suraya kelihatan sedang marah kepada Asyraf setelah mendapat tahu Asyraf akan berbulan madu dengan Myra. 



"I pun tak nak..!You,I buat semua ni sebab mak I.You kene fahamlah."terang Asyraf.

"You mungkir janji!You kata you nak buat perempuan tu derita kahwin dengan                    you.Sekarang ni,you nak pergi bulan madu dengan dia pulak?!"marah Suraya.


"Sayang,dengar ni..!I akan pastikan dia akan kecewa dengan keputusan dia.Dan I akan buat apa yang you suruh."pujuk Asyraf.
Suraya mengukirkan senyuman pada Asyraf.Mereka berdua jalan bersama-sama.


Di rumah Asyraf & Myra pula,Myra sedang mengelap meja.Telefon Myra berdering.

Myra menjawab panggilan.

"Hello..?"

"Humayra Dahlia Arwina..!!"suara Sarah membingitkan telinganya.Myra terkejut apabila Sarah,kawan baiknya sudah pulang dari luar negara.

"Sarah..!!Kau dah balik..?"sambil duduk di sofa.

"Kita jumpa..?"

Myra tidak pasti dengan jawapan yang mahu diberikan.Belum sempat dia berkata apa-apa,Sarah mengambil keputusan untuk ke rumahnya.Myra menghela nafas.Dia risau jika kehadiran Sarah menambahkan lagi kemarahan Asyraf.Dia takut tika Sarah di rumah,Asyraf pulang dengan tiba-tiba.




Myra menjemput Sarah masuk ke dalam rumah.Raut wajahnya langsung tidak ceria dan seperti tidak suka dengan kehadiran Sarah.
"Myra,asal kau macam tak suka je aku balik?Aku datang ni pun macam nak tak nak je kau nak jemput aku masuk.Apasal?"

Sarah ternampak gambar perkahwinan Asyraf dan Myra di atas meja.


"Kau kahwin dengan Asyraf..?"soal Sarah sambil memegang bingkai gambar.

Myra angguk perlahan.


Di meja makan,Sarah dan Myra sedang berbual.Secara tiba-tiba,Sarah berteriak terkejut. 

"What..??!!"

"Aku dah janji dengan diri aku tak nak ceritakan hal sebenar pada sesiapa,tapi kau jangan beritahu sesiapa pasal ni."akui Myra.

"Aku takkan beritahu sesiapa.Tapi kenapa kau mesti bertahan,sampai bila?Dan kenapa kau?"
Sarah,aku kahwin dengan dia bukan atas paksaan tapi mak Asyraf memang nak aku jadi isteri Asyraf sejak dulu lagi.Aku tak nak sebab aku tahu dia tu takkan sukakan aku!"jawab Myra.

"Myra,aku kenal kau.Kau takkan buat apa yang kau tak suka!Kenapa kau.."kata Sarah dan dia mengeluh.

"Sarah..aku cuba nak lembutkan hati dia.Dia cabar aku untuk tinggal dengan dia selama setahun.Sama ada aku bertahan atau tak.."

"Jadi,kau terima?Myra,kau tahu je lah kan si Asyraf tu memang gila!"
Myra :Tapi dia suami aku!Aku kene sedarkan dia daripada dia hanyut dengan..
Perempuan tu!"
"Kau nak sedarkan dia kan?Jom ikut aku..!"Sarah menarik tangan Myra.

"Nak ke mana"


Sarah membawa Myra ke pusat membeli belah secara tiba-tiba.

 
Tiba di pusat membeli belah,Myra masih pelik dengan sikap Sarah.

"Sarah,kita buat apa dekat sini?"sambil menarik tangan Sarah.
Sarah terhenti,menghela nafas.

"Kata nak sedarkan laki kau tu."

"Sarah,jangan main-mainlah!Bukan macam ni.."pinta Myra.

'Myra,kau ikut je aku!"kata Sarah tanpa memandang Myra dan teruskan berjalan.

Sarah sudah ke hadapan.Myra masih lagi berdiri di situ kerana ternampak sesuatu yang menguriskan hatinya yang makin menipis dek terkena tempias cacian Asyraf.


Apakah yang menyebabkan Myra terpaku..?Dan,apakah rancangan Sarah sebenarnya..?Mengapa dia lakukan di luar jangkaan Myra?
 
 
                                                 bersambung...

Setelah Kau Tiada

Setelah Kau Tiada
mengisahkan tentang
kehidupan Myra & Asyraf selepas mereka berkahwin.Perkahwinan mereka atas kehendak keluarga memandangkan Myra anak yatim piatu.Asyraf pula langsung tidak sukakan Myra kerana dia sedang bercinta dengan Suraya.Tetapi,Puan Aina pula tidak sukakan Suraya kerana Suraya seorang yang suka bersosial dan risau jika anaknya juga terikut-ikut gaya hidup Suraya yang tidak menentu.
Setelah 6 bulan berkahwin,akhirnya Myra disahkan hamil.Berita ini mengembirakannya tetapi buat Asyraf seperti perkara biasa.Asyraf bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat dan berusaha keras untuk dinaikkan pangkat.Setiap hari,Asyraf sering pulang lewat ke rumah sehinggakan Myra tidak ditegur.Myra amat kecewa dengan sikap Asyraf yang tidak ambil peduli tentang dirinya.Perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan ibu Asyraf,Puan Aina.
Ketika Myra ingin bersalin,Asyraf berada di luar negeri.Permintaan Myra hanyalah memintanya berada di sisinya ketika hendak melahirkan anak.Asyraf langsung tidak berusaha untuk sampai ke hospital sebelum Myra bersalin.Apabila didesak oleh Puan Aina,barulah Asyraf ke hospital untuk menemankan Myra.Malangnya setelah sampai di hospital,Myra sudah tidak bernyawa.Myra gagal diselamatkan ketika bersalin.Puan Aina cukup kecewa dengan Asyraf apatal lagi dia sudah tahu keadaan sebenar mereka berdua sebelum itu selepas Puan Aina terjumpa diari milik Myra.Setiap hari Myra menulis perjalanan hidupnya dalam diari itu.Puan Aina memarahi Asyraf kerana langsung tidak menghargai Myra sama ada dia hidup ataupun sudah meninggal.Puan Aina mengambil anak Asyraf & Myra untuk dibelanya kerana tidak mahu Asyraf mengulangi perkara yang sama.Akhirnya,Asyraf sedar atas kesilapannya dan berusaha membuka pintu hati Puan Aina menerima maafnya.Dia ingin menjaga anaknya bagi menebus kesalahannya pada Myra.Tetapi Puan Aina melarangnya bertemu dengan anaknya sendiri.Beberapa hari kemudian,sepupu Asyraf,Melinda berpindah ke rumah Puan Aina kerana ibu bapanya berurusan di luar negara buat sementara waktu.


 

Adakah kehadiran Melinda merubah segalanya?Berjayakah Asyraf dalam usahanya untuk mendapatkan semula kepercayaannya pada Puan Aina?

 

Isnin, 11 November 2013

Lirik Lagu-Mangsa Cinta

Lirik Lagu-Mangsa Cinta

Penyanyi    :Liawanis & Ad Azhar (Bintang Idola Berita Harian 2011 & 2010)
Lirik/Lagu  :Edry Abdul Halim

(ad azhar)
Huwouuuwo....... (3x)
Selingan tidurku
Mimpikan dirimu
Setiap satunya pasti kau menjelma


(liawanis)
Bila siang tiba
Ku cuba hiraukan
Tetapi angan menggoda


(ad azhar&liawanis)
Tersentuh di hati
Ingin jumpa lagi

 
(ad azhar)
Seandainya kau sudi meluang masa

(liawanis)
Biar seketika
Ku sanggup bersabar
Menanti detik bersama


(ad azhar&liawanis)

Chorus:
Beginilah rupanya rasa
Bila kita dilamun cinta
Makan tak kenyang tidur pun tak lena
Huwoo...
Beginilah hidup terganggu
Bila hati dilamun rindu
Yang melanda setiap mangsa cinta
Huwouuwo.....


(liawanis)
Tak cukup bertemu
Panggilan menyusul
Walau tiada apa nak dibicara


(ad azhar)
Kirimkan pesanan
Kuncikan senyuman
Sebagai tanda manjaku


(Ulang Chorus)






(ad azhar)
Setiap kali waktu bersemuka
Kelu tidak terkata
Terpegun memandangmu
Tersipu malu


(liawanis)
Ciri paling utama mangsa cinta
Asyik ingin bersama

(ad azhar&liawanis)
Dua insan bersatu
Dibayangan kalbu


[Ulang Chorus]

p/s:Kalau korang tak kenal siapa Ad Azhar,dialah Azhar(Azhael AF2013) yg cute tu..!(ceh!)

Ahad, 10 November 2013

Drama Yang Akan Datang di TV..!!

Drama Yang Akan Datang di TV..!!


PLAYBOY ITU SUAMI AKU

Selepas drama 'Love You Mr.Arrogant' yang diadaptasi dari novel melabuhkan tirai pada 7 November lalu,'Playboy Itu Suami Aku' adaptasi daripada novel bakal menggantikan dan menyerikan slot AKASIA TV3 bermula 11 November lakonan Fattah Amin, Nur Risteena, Cha Cha Maembong, Wan Sharmila, Noralbaniah, Dilla Ahmad, Puteri Najuwa, Jay Iswazir, Khairil Anwar dan ramai lagi.Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.
 








PROJEK MEMIKAT SUAMI



Sebuah drama yang diadaptasikan dari novel 'Projek Memikat Suami' karya HANANIA ABDULLAH.Drama 13 episode ini mengisahkan tentang NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia,ZAHRAIN ALIMIN
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!Lakonan Aiman Hakim Redza sbg Zahrain Alimin,Emma Maembong sbg Nawwal Husna akan menemui anda di ASTRO RIA..!!
 
 

Lirik Lagu Hentian Terakhir-Azhael Bintang AF2013

HENTIAN TERAKHIR-Azhael AF2013

Huuwuu..

Hentian Terakhir
Hentian terakhir buat kita sampai disini saja..huwoo

Hentian terakhir...cinta terakhir..
Hentian terakhir...cinta terakhir..
Hentian terakhir...cinta terakhir..
Hentian terakhir...cinta terakhir..

Maula..manisnya perjalanan kita indahnya
Pemandangan kau dan aku bersama-sama
Landasan kita kukuh
Kasih kita utuh gelap kita sama

Tapi...sekarang resah terhuyung hayang
Di dalam terowong panjang tiada hujungnya
Ku rasa loya
Kau senyap saja
Bila ditanya

Aku...perlukan kamu berterus terang
Ada..kita tak kira satu seorang
Aku...boleh terima penjelasan apa jua ada jalan selesaikan..!!
(ulang 2x)

Hentian terakhir...cinta terakhir..
Hentian terakhir...cinta terakhir..
Hentian terakhir...cinta terakhir..
Hentian terakhir...cinta terakhir..

Oh sayang
Seribu sayangnya ku padamu sayang..
Sekarang hanya sekadar kawan
Dulu kasih sekarang hanyalah kenangan..!!

Aku...perlukan kamu berterus terang
Ada..kita tak kira satu seorang
Aku...boleh terima penjelasan apa jua ada jalan selesaikan

Hentian terakhir...cinta terakhir..
Hentian terakhir...cinta terakhir..
Hentian terakhir...cinta terakhir..
Hentian terakhir...cinta terakhir..

Aku...perlukan kamu berterus terang
Ada..kita tak kira satu seorang
Aku...boleh terima penjelasan apa jua ada jalan selesaikan